
Ab Rauf mula tugas sebagai Ketua Menteri
AYER KEROH 3 April- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba di Seri Negeri, di sini, bagi memulakan tugas pada hari pertama selepas menjadi Ketua Menteri Ke-13 pada Jumaat lalu.
Ab Rauf tiba kira-kira jam 7.30 pagi dengan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh.
Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu pada jam 7.33 pagi sebelum masuk ke pejabat.
Pada Jumaat, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA : AKMAL MAHU PENGUNDI MERLIMAU NILAI REKOD PRN LALU
AYER KEROH 25 Oktober β Mahu pengundi menilai rekod sepanjang menjadi wakil rakyat, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berharap kepercayaan...
PRN MELAKA: SITI AISYAH MAHU TERUSKAN MOMENTUM PEMBANGUNAN PENGKALAN BATU
AYER KEROH 25 Oktober β Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood berhasrat...
PRN MELAKA: AZMAN SEDIA BAWA SUARA RAKYAT SERKAM
AYER KEROH 25 Oktober β Bertekad meneruskan usaha pembangunan dan memastikan kebajikan rakyat terus terbela, Datuk Azman Abdullah bersedia menggalas...
PRN MELAKA: TUMINAH IKRAR BERIKAN KHIDMAT TERBAIK, MAHU PANTAI KUNDOR KEKAL BIRU
AYER KEROH 25 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi @Mohd hashim bertekad memberikan khidmat...
PRN MELAKA: TOK HAMEED PELIHARA IKATAN βPOGHUTβ MESKIPUN BERBEZA PANDANGAN
AYER KEROH 25 Oktober - Ikatan silaturahim yang dibina sepanjang lima tahun dalam kalangan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
AB RAUF MAHU TERUS BONGKAR SEJARAH KEHEBATAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat meneruskan usaha membongkar sejarah kehebatan tamadun...
