
Adun dipelawa cadang tapak RMM
SERI NEGERI 30 November – Kerajaan Negeri memberi peluang kepada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk memohon atau mencadangkan lokasi bagi pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM).
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagaimanapun cadangan tapak pembinaan RMM perlu dimaklumkan kepada Lembaga Perumahan Melaka (LPM) terlebih dahulu.
“Berkenaan RMM, stok rumah mampu milik ini di Melaka adalah sebanyak 48,966 unit, daripada jumlah ini yang siap dibina sebanyak 12,464, sedang dibina sebanyak 18,509 dan 17,000 masih dalam peringkat perancangan.
“Jika ada mana-mana Adun berminat boleh memohon atau bagi cadangan kawasan yang sesuai sebagai tapak RMM dan maklumkan kepada LPM,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan penangguhan Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan Ab Rauf berkata, setakat ini dua projek Program Perumahan Rakyat (PPR) siap dibina iaitu di PPR Krubong dan PPR Tehel.
“Manakala, dua projek lagi dalam pembinaan iaitu PPR Klebang dan PPR Tangga Batu, satu lagi projek baharu telah mendapat kelulusan untuk pembinaan iaitu PPR Bukit Katil,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MUCM CIPTA REKOD 62 HAK CIPTA SEHARI, TERTINGGI BAGI UNIVERSITI
BUKIT KATIL 30 Oktober - Manipal University College Melaka (MUCM) melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya mendaftarkan 62 hak cipta dalam...
MAIM BANTU ‘A TO Z’, USAHAWAN SATE MENGORAK LANGKAH
AYER KEROH 30 Oktober - Bermula dengan menjual sate pada harga RM1 sebatang, seorang usahawan membuktikan perniagaan kecil mampu berkembang...
MENARA TAMING SARI ANGKAT WARISAN, HIDUPKAN TRADISI MELAKA
KOTA LAKSAMANA 30 Oktober - Menara Taming Sari bukan sekadar menawarkan panorama bandar bersejarah dari ketinggian 80 meter, malah turut...
PRN MELAKA: BN SAH TANDING DI 23 KERUSI DUN
TANJUNG BIDARA 30 Oktober - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...
EMPAT ASPEK PEMBANGUNAN BELIA JADI KEUTAMAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober - Pembangunan kemahiran menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta sokongan terhadap keusahawanan belia...
PRN MELAKA: GABUNGAN PN-BN MAMPU CABAR DAP DI KESIDANG
BUKIT KATIL 30 Oktober - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Albert Kok, berharap sokongan pengundi...
