ADUN Melaka semakin matang – Sulaiman

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 2 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengucapkan penghargaannya kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menunjukkan kematangan dalam berpolitik sepanjang tiga hari Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung.

Sulaiman berkata, setakat ini persidangan menunjukkan pemuafakatan yang baik antara kerajaan dan pembangkang dengan kedua-dua belah pihak mengamalkan konsep keterbukaan dalam usaha menyelesaikan isu rakyat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua ADUN yang hadir kali ini kerana mengamalkan konsep keterbukaan dalam setiap permasalahan yang perlu diselesaikan.

“Apa juga masalah kita boleh berbincang dan tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan. Tidaklah seperti persidangan sebelum ini ramai berpusu-pusu ingin menonton persidangan DUN yang dilihat umpama ‘sarkas’.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar termasuklah usaha membentangkan usul yang dipersertujui semua pihak demi pembangunan rakyat Melaka,” katanya pada sidang media Persidangan DUN Melaka di Seri Negeri, hari ini.

Sementara itu berdasarkan pemerhatian Melaka Hari Ini, Persidangan DUN bermula Isnin lalu memperlihatkan kematangan dalam kalangan ADUN yang tidak lagi bertikam lidah, berbalah antara satu sama lain seperti sebelum ini.

Malah, sidang dikendalikan Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum berlangsung berlangsung dalam suasana tenang dan mengikut jadual ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1177
Kongsi :
Previous post Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga-M 2022
Next post KWSP akan tingkatkan pelaburan dalam kelas aset domestik tahun ini
Ubah saiz-+=