ADUN Pantai Kundor positif COVID-19

Masa Membaca:47 Saat

PANTAI KUNDOR 14 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata, keputusan itu diperoleh semalam (13 September) selepas pemandunya terlebih dahulu disahkan positif wabak berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tidak mempunyai sebarang gejala serius seperti demam panas dan bacaan oksigen menurun sebaliknya hanya mengalami batuk.

“Punca jangkitan tidak pasti. Tapi mungkin juga berpunca daripada pengagihan bantuan kit makanan kepada orang ramai di DUN Pantai Kundor.

“Buat masa ini, hanya saya, pemandu dan dua orang kerani di Pejabat JAPERUN Pantai Kundor disahkan positif COVID-19.

“Semoga semua dapat mendoakan kami cepat sembuh daripada wabak ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Nor Azman turut memaklumkan Kompleks JAPERUN Pantai Kundor akan ditutup sementara bermula hari ini sehingga 24 September depan.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha JAPERUN Pantai Kundor, Shafiq Majid di talian 017-6079378,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

609
Kongsi :
Previous post Program peningkatan pendapatan antara dasar kerajaan tingkat pendapatan isi rumah B-40 – PM
Next post Sapiah wanita Orang Asli pertama dilantik ketua pengarah JAKOA
Ubah saiz-+=