ADUN Pantai Kundor tidak sertai Sidang DUN Melaka minggu depan

Masa Membaca:52 Saat

PANTAI KUNDOR 15 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mengesahkan dirinya tidak dapat hadir ke Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijadual bermula Isnin depan.

Ia susulan beliau disahkan positif COVID-19 kelmarin dan perlu menjalani kuarantin kendiri sehingga 26 September ini.

“Saya tidak dapat hadir kerana masih menjalani kuarantin.

“Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa maklumat terbaharu lagi dari pihak Dewan sama ada perlu mengikuti persidangan secara dalam talian atau dikecualikan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Semalam, MHI melaporkan, Nor Azman bersama pemandunya serta dua lagi pekerja di Pejabat JAPERUN Pantai Kundor disahkan positif COVID-19.

Punca jangkitan masih belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan ia mungkin daripada aktiviti kebajikan yang dijalankan termasuk menyampaikan bantuan kit makanan kepada rakyat di DUN Pantai Kundor.

Sehubungan itu, Pejabat JAPERUN Pantai Kundor diarah tutup bermula semalam hingga 24 September bagi kerja-kerja sanitasi dan pengesanan kontak rapat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

471
Kongsi :
Previous post Piala Malaysia: MUFC dicabar Kedah, juara Liga Premier
Next post Langkawi: Bermula esok pelancong wajib jalani ujian saringan COVID-19 – Khairy
Ubah saiz-+=