Piala Malaysia: MUFC dicabar Kedah, juara Liga Premier

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mungkin boleh menarik nafas lega apabila tidak diundi dalam ‘kumpulan maut’ bagi kempen Piala Malaysia musim 2021.

Ia selepas skuad Hang Tuah diundi dalam kumpulan C pada majlis undian yang diadakan secara langsung sebentar tadi.

Antara pencabar utama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bagi saingan kali ini ialah naib juara Liga Super Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga juara lima kali Piala Malaysia.

Selain itu, MUFC turut ditentang juara Liga Premier iaitu sama ada Negeri Sembilan FC atau Sarawak United FC.

Sementara satu lagi pencabar ialah kelab di tangga kelima Liga Premier yang pada ketika ini menjadi tempat Kelantan FC.

Sesi undian itu menyaksikan penyandang juara Piala Malaysia edisi 2019 yang juga juara Liga Super Johor Darul Ta’zim diundi dalam kumpulan D bersama Petaling Jaya City FC, Sabah dan pasukan di tangga keempat Liga Premier.

Juara 33 kali Piala Malaysia pula iaitu Selangor FC dijadual Terengganu FC, Perak FC dan pasukan di tangga keempat Liga Premier di dalam kumpulan B.

Sementara kumpulan A menyaksikan saingan sengit membabitkan Penang FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC dan naib juara Liga Premier.

Untuk rekod, saingan Piala Malaysia tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 bagi kejohanan penuh berprestij itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

641
Kongsi :
Previous post KeTSA bantu usaha restorasi Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Next post ADUN Pantai Kundor tidak sertai Sidang DUN Melaka minggu depan
Ubah saiz-+=