ADUN perlu tunjuk teladan dan matang ketika bersidang – Mohd Ali

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 28 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang perlu mencerminkan teladan dan mempamerkan kematangan sebagai pemimpin sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dijalankan.

Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berkata, setiap perbalahan yang tidak berkesudahan akan merugikan semua pihak dan sebaiknya perbezaan pendapat perluah ditransformasikan sebagai menjadi landasan dalam kerjasama satu pasukan.

“Saya memohon ahli ahli Yang Berhormat dapat sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni agar menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat umum dan mencerminkan kematangan pemimpin.

“Dalam menjalani norma baharu, rakyat memerlukan tumpuan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam menyelesaikan segala permasalahan.

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) apa jua tindakan dan perlakuan sekalian sentiasa menarik perhatian umum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diadakan di Seri Negeri, di sini hari ini.

Mohd Ali berkata, beliau mengharapkan persidangan itu berjalan lancar dan teratur selain mengamalkan toleransi antara satu sama lain.

“Saya menaruh harapan supaya persidangan kali ini dapat berjalan dengan teratur dan sempurna serta penuh rasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengambil kira ideologi politik masing-masing,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

507
Kongsi :
Previous post Perbaiki taraf kebersihan Melaka sekarang – Mohd Ali
Next post Peralihan ke fasa endemik perlu dibuat berhati-hati – Agong
Ubah saiz-+=