
Agong berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
KUALA LUMPUR 13 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin di Istana Negara.
Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong kali ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.
Daripada jumlah itu, seramai 44 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini.
Ini merupakan tahun kedua menyaksikan istiadat itu berlangsung dalam suasana norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ekoran pandemik COVID-19.
Tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.
Para petugas di Istana Negara turut memakai pelitup muka dan kerusi di Balairong Seri disusun berdasarkan penjarakan fizikal seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
