Agong berkenan rasmi Kejohanan Karate Asia ke-19

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mencemar duli merasmikan Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah memalu ‘taiko drum’ sebanyak enam kali sebagai tanda perasmian dan pembukaan gelanggang kejohanan karate antarabangsa julung kali dianjurkan di Negeri Melaka.

Hadir sama pada majlis itu Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang diiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Timbalan beliau, Adam Adli Abd Halim serta Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Turut hadir Presiden Persekutuan Karate Sedunia (World Karate Federation (WKF) dan Presiden Antonio Espinos dan Presiden Persekutuan Karate Asia (Asian Karate Federation(AKF), Mejar Jeneral Nasser Alrazooqi.

Dalam titahnya Al-Sultan Abdullah, mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran pertandingan seni bela diri antarabangsa itu.

“Saya kagum dengan persiapan, tahniah dan syabas kepada penganjur Persatuan Karate Malaysia. Saya berdoa supaya ahli karate Malaysia akan berjaya dan berharap orang Melaka akan terus memberikan sokongan kepada atlet Karate Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda yang tiba di perkarangan dewan kejohanan pada jam 4.28 petang, disambut oleh kenamaan dan pemimpin kanan negeri.

Seramai 388 atlet mewakili 32 negara dalam beberapa kategori termasuk Jepun sebagai penyandang juara keseluruhan, berentap pada kejohanan itu itu bermula hari ini hingga Ahad.

Kejohanan Para Karate Asia Edisi kedua juga akan berlangsung serentak sempena Kejohanan Karate Asia itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1166
Kongsi :
Previous post Tingkat ilmu, kemahiran pengawas pusat sumber sekolah Melaka
Next post Bangunkan tanah adat bina rumah mampu milik
Ubah saiz-+=