Tingkat ilmu, kemahiran pengawas pusat sumber sekolah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DURIAN TUNGGAL 21 Julai – Seramai 40 pengawas pusat sumber sekolah di Negeri Melaka telah menyertai program pemantapan kemahiran yang diadakan di Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, semalam.

Menerusi program Literasi Maklumat ‘Knowledge Discovery’ Pengawas Pusat Sumber Sekolah Negeri Melaka 2023 itu, kesemua peserta terlibat didedahkan dengan ilmu kemahiran literasi maklumat dan kemahiran perpustakaan.

Kesemua yang terlibat pada program tersebut merupakan pengawas pusat sumber dari 10 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum; SML Dato’ Abdul Rahman Yaakob dan SMK Dato’ Dol Said.

Turut terlibat SMK Dato’ Haji Talib Karim; SMK Infant Jesus Convent; SMK Krubong; SMK Seri Pengkalan; SMK Seri Tanjung dan SMK Tun Syed Zahiruddin.

20230720_093326
ANTARA aktiviti yang dijalankan.

Antara pengisian program yang diadakan ialah pengenalan peranan pustakawan dan perpustakaan, teknik pencarian maklumat dan perkongsian mengenai skop kerja di perpustakaan.

Selain itu turut diadakan program Jom Masuk UTeM dan kuiz serta permainan untuk peserta.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Nasaruddin Rahmat dan Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Laman Hikmah UTeM Arman Mohammad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2258
Kongsi :
Previous post Pelajar jatuh dari bangunan sekolah sedang dapatkan rawatan psikiatri – Exco
Next post Agong berkenan rasmi Kejohanan Karate Asia ke-19
Ubah saiz-+=