Ahli cetus kekacauan dalam parti sendiri bukan orang UMNO

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

REMBIA 14 Mei – Mana-mana ahli UMNO yang mencetus kekacauan dan mengganggu gugat perpaduan parti itu disifatkan bukan orang UMNO yang sebenar.

Ketua Penerangan UMNO Alor Gajah, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, individu itu disifatkan umpama tiada ‘roh’ dalam perjuangan UMNO biarpun mereka didaftarkan sebagai ahli dalam parti.

“Roh UMNO ini mempertekankan agama dulu, bangsa dan negara.

“Kalau tak ada semua itu dan hanya menekankan nafsu derta tamak haloba dia bukan orang UMNO,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks JAPERUN Rembia di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, beliau enggan memberi sebarang komen dan maklum balas susulan dikatakan terdapat gerakan mahu menjatuhkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali atau sebaliknya.

“Itu saya tak nak komen, cuma saya kasihan kepada Datuk Seri Sulaiman yang sentiasa mengutamakan dan mendahulukan kebajikan rakyat sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri,” ringkasnya.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO negeri turut menyelar tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab termasuk ahli UMNO yang mahu merosakkan keharmonian parti dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang sekian lama menanam sifat cemburu serta berniat jahat untuk merosakkan parti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

553
Kongsi :
Previous post Lawatan kerja empat hari ke AS satu kejayaan – PM Ismail Sabri
Next post JAKIM kemas kini takwim 2022 Miladiah/1443-1444H
Ubah saiz-+=