Ahmad Zahid bebas COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau bebas jangkitan COVID-19 hasil ujian saringan dilakukan disebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor, semalam.

Berkongsi berita gembira itu, Ahmad Zahid berkata, pihak hospital menghubungi isterinya jam 7.44 pagi tadi memaklumkan perkara itu.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ (ujian calitan) yang dijalankan adalah negatif.

“Selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam, saya juga melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti SOP (prosedur operasi standard).

“Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19,” katanya dalam hantara di Facebook rasminya hari ini.

Tangkap layar hantaran di FB Ahmad Zahid

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen Barisan Nasional, iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Pasir Salak) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) disahkan positif jangkitan virus itu.

Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan beliau positif COVID-19 pada Selasa lalu dan kini menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu, Kelantan.

Mereka dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang dijangkiti COVID-19 dan duduk bersebelahan ketika mengadakan sidang media di ibu negara pada 12 Januari lalu.

-tamat-

Views:

313
Kongsi :
Previous post Keluarga Irwan kabur mengenai penemuan mayat Ahmad Norizan
Next post Nenek, bapa didakwa bunuh, abai kanak-kanak OKU
Ubah saiz-+=