Aidiladha di Melaka meriah

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BUKIT PALAH 29 Jun – Sambutan Hari Raya Aidiladha di Melaka berlangsung dalam suasana meriah tahun ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini di Masjid Al- Azim mendapati umat Islam dari segenap lapisan umur berkumpul bagi menunaikan solat sunat Aidiladha, selain bergambar bersama keluarga dengan pakaian sedondon.

Tidak kurang, semangat kerjasama turut disaksikan menerusi gotong-royong program korban berkelompok melibatkan ratusan sukarelawan yang melakukan kerja melapah dan mengagihkan daging korban kepada asnaf, kariah dan peserta.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kemeriahan Aidiladha di Melaka lebih dirasai apabila disambut segenap lapisan masyarakat beragama Islam.

“Pada makluman saya, di kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melebihi 10 ekor satu kawasan, jadi kalau hendak ditafsirkan tidak kurang 1,600 ekor lembu yang dikorbankan di seluruh Melaka kali ini.

“Saya lihat juga sambutan Aidiladha kali ini lebih ceria dan meriah selain disambut oleh semua lapisan masyarakat, selari dalam pembinaan sebuah perpaduan rakyat yang dibawa oleh Kerajaan Negeri dan disampaikan melalui program korban yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha ini,” katanya.

IMG_20230629_123023_965
BUKIT PALAH 29 JUN 2023. Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Program Korban Berkelompok sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha di perkarangan Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Turut serta Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wira Zaidi Johari. Foto: MR. AZLI

Terdahulu, beliau mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim.

Tun Mohd Ali dan Ab Rauf kemudiannya menyantuni petugas pada program korban berkelompok di perkarangan masjid tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4786
Kongsi :
Previous post PM Anwar tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
Next post Kajian tangani kesesakan trafik sedang dilaksana – KM
Ubah saiz-+=