Kajian tangani kesesakan trafik sedang dilaksana – KM

Masa Membaca:58 Saat

BUKIT PALAH 29 Jun – Kerajaan Negeri kini sedang menjalankan kajian dalam usaha menangani isu kesesakan trafik yang berlaku di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kajian yang teliti dan terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kepada kesesakan yang berlaku.

“Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian untuk mengurangkan kesesakan trafik di dalam Melaka, sama ada pada hari bekerja atau hujung minggu dalam menyambut kedatangan pengunjung serta pelancong.

“Kajian ini masih dikaji dengan teliti dan melihat di mana titik-titik kesesakan. Ini akan dibuat kajian termasuk jalan-jalan untuk penguraian supaya dapat melancarkan aliran trafik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyaksikan Program Korban Berkelompok Masjid Al-Azim 2023M/1444H, hari ini.

Menurut beliau, percubaan penutupan jalan yang sesak akan dilakukan dalam tempoh terdekat bagi mengambil kira kesannya dalam aliran trafik sebelum melaksanakan di beberapa lagi lokasi.

“Insya-Allah mengambil masa tidak lama lagi kita akan mulakan dengan beberapa percubaan menutup jalan-jalan yang sesak supaya kesannya (dapat) diambil kira untuk kita jalankan di lokasi lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1568
Kongsi :
Previous post Aidiladha di Melaka meriah
Next post Perlu kajian terperinci sebelum tutup simpang Stadium Hang Jebat
Ubah saiz-+=