
Air perang, berbau dijangka selesai Ahad ini
AYER KEROH 14 April – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mengambil langkah drastik dengan melaksanakan kerja-kerja pencucian (flushing) pada paip sesalur di kawasan mengalami masalah air berwarna keperangan dan berbau baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan media SAMB memaklumkan antara lokasi terjejas adalah sekitar Telok Mas, Alai, Kandang, Ayer Molek, Duyong, Pengkalan Rama dan Banda Hilir di Daerah Melaka Tengah.
Menurut kenyataan itu lagi, masalah air berwarna dan berbau itu dijangka dapat diatasi Ahad ini.
“Masalah ini berpunca daripada perubahan tekanan air dalam paip sesalur semasa proses penyaluran atau pemanjangan bekalan air bersih daripada Loji Air Merlimau Fasa 2 yang baharu siap dibina ke kawasan Bandar Melaka.
“Pemanjangan bekalan air bersih daripada loji tersebut ke Bandar Melaka merupakan tindakan jangka panjang bagi memastikan kawasan terlibat mendapat bekalan air stabil dan konsisten sepanjang tempoh ‘high peak season’ dan ‘low peak season’,” kata kenyataan itu.
Sekiranya masalah air berwarna dan berbau berlarutan selepas 24 jam pengguna diminta menghubungi Pusat Aduan Syarikat Air Melaka Berhad atau Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam di talian 15800 atau SMS/Whatsapp di talian 013-7515800.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB TURUN PADANG SANTUNI PENDUDUK, SALUR BANTUAN IKUT KEPERLUAN
TELOK MAS 18 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meneruskan pendekatan turun padang dengan menyantuni pemilik tujuh buah rumah...
RUMAH USANG JADI SAKSI KETABAHAN IBU TUNGGAL
TELOK MAS 18 Jun – Kehidupan seorang ibu tunggal, Rafedah Othman, 57, penuh liku apabila terpaksa meneruskan kehidupan di rumah...
JENAMA KOPI KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA ‘LAHIR’ DI KESIDANG
KESIDANG 18 Jun – Siapa yang tidak mengenali jenama kopi terkenal Aik Cheong yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak puluhan...
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
