Sorting by

×

JENAMA KOPI KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA ‘LAHIR’ DI KESIDANG

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

KESIDANG 18 Jun – Siapa yang tidak mengenali jenama kopi terkenal Aik Cheong yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak puluhan tahun lalu.

Namun tidak ramai mengetahui bahawa jenama yang kini menembusi pasaran antarabangsa itu berasal dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, di mana, kilangnya terletak di Kawasan Perindustrian Cheng.

Syarikat yang mula ditubuhkan pada 1955 itu berkembang daripada sebuah perusahaan tempatan kepada antara pengeluar kopi dan minuman segera terkemuka negara yang produknya kini dipasarkan ke pelbagai negara di seluruh dunia.

Kejayaan syarikat itu membuktikan kawasan Kesidang bukan sahaja dikenali sebagai kawasan pesat membangun, malah turut menjadi lokasi kelahiran jenama tempatan yang berjaya membina nama di peringkat kebangsaan dan global.

Malah, kewujudan Aik Cheong juga memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi setempat menerusi penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar selain merancakkan aktiviti perindustrian di negeri ini.

Selain menjadi antara jenama kopi kegemaran rakyat Malaysia, syarikat itu turut memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan reputasi Melaka sebagai negeri yang melahirkan usahawan dan syarikat tempatan berdaya saing.

Atas pelbagai pencapaian tersebut, Aik Cheong telah dinobat sebagai penerima Anugerah Usahawan Global Negeri Melaka pada Majlis Anugerah Usahawan Negeri Melaka (AUNM) 2025.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin berkata, kejayaan Aik Cheong menjadi bukti kawasan Kesidang mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sebagai hab ekonomi dan pusat perniagaan utama di negeri ini.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri menyifatkan kewujudan pelbagai syarikat dan jenama terkenal secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post ‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
Next post RUMAH USANG JADI SAKSI KETABAHAN IBU TUNGGAL