Ajak usahawan teroka pemasaran digital

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 24 Februari – Pemasaran digital menjadi aspek utama perlu dikuasai setiap usahawan tidak kira orang lama atau baharu jika mahu terus relevan selain seiring dengan peredaran zaman.

Pengarah Program Seminar Pemasaran Digital Masterclass, Aflieza Arshad berkata, masih ramai usahawan tidak menguasai kaedah pemasaran digital meskipun memiliki produk atau perkhidmatan berkualiti.

Katanya kursus dianjurkan adalah untuk membantu usahawan meneroka peluang lebih luas menerusi pemasaran digital yang kini dianggap kemestian dalam setiap organisasi perniagaan.

“Kurang pengetahuan mengenai pemasaran digital antara kekangan usahawan untuk pergi lebih jauh, minda mereka dibataskan pada satu ruang sahaja.

“Berikutan itu kami anjurkan kursus untuk ajak mereka agar berfikiran kreatif, inovatif dan kompetitif. Bimbingan tidak terhenti pada akhir kursus kerana peserta dipantau hinggalah mereka mampu berdikari.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Persada Etika Management berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar Pemasaran Digital Masterclass, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Menurutnya, kursus lima hari bermula Isnin lalu, membabitkan 180 peserta berusia 18 tahun hingga 70-an yang menunjukkan minat untuk meneroka bidang pemasaran digital.

Terdahulu penutup kursus itu disempurnakan Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) Amir Mamat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1260
Kongsi :
Previous post Mamee sumbang 2 kontena makanan untuk mangsa gempa
Next post Bina lebih banyak gerai peniaga kecil di lokasi strategik
Ubah saiz-+=