
Aktiviti ekonomi baharu rancakkan Pekan Durian Tunggal – Adun
DURIAN TUNGGAL 6 Oktober – Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal kini semakin rancak dengan pelbagai aktiviti ekonomi selepas dua tahun terkesan dengan pandemik COVID-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil berkata, sebaik memasuki fasa peralihan ke endemik, pihaknya komited untuk mewajah semula Pekan Durian Tunggal bagi memberi manfaat kepada penduduk di kawasan itu.
“Selepas PKP tempoh hari, hari ini, Pekan Durian Tunggal rancak semula dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Kestabilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tempoh hari memberi keyakinan kepada para pelabur dan peniaga.
“Kini saya lihat di Pekan Durian Tunggal sudah ada pasar raya, kedai serbaneka dan pelbagai kedai makanan.
“Mungkin selepas ini jika ada pihak bank berminat juga dialukan kerana di Durian Tunggal ini hanya ada sebuah bank sahaja ketika ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pekan Durian Tunggal, kelmarin.
Pada lawatan itu, Zahari ditemani pihak Melaka Finance House bagi perbincangan mengenai pembangunan yang akan dibangunkan di pekan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...

