
Alahai bang!
KUALA LUMPUR, 18 Jan. – Akibat asyik menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang lelaki ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya Op COVID-19 di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, perbuatan lelaki berumur 40 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu mengakibatkan papan tanda āPemeriksaan Polisā mengalami kerosakan dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu.
Beliau berkata polis kemudian bertindak menahan suspek dan merampas kereta yang dipandunya.
āHasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit selain memberikan alasan keluar rumah kerana membeli makanan,ā katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya, katanya. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN TELOK MAS
TELOK MAS 16 Jun ā Penganjuran Majlis Malam Lestari Warisan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PELABURAN CIPTA LEBIH BANYAK PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
GADEK 15 Jun - Pelaburan masuk ke negeri ini dianggap lebih bermakna apabila anak-anak Melaka mendapat peluang pekerjaan dan membina...
MELAKA CIPTA PELUANG PEKERJAAN BERTARAF TINGGI – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Melaka menjadi perhatian rakyat Malaysia, apabila foto pencari kerja berbaris panjang untuk menghadiri sesi temu duga...
PELARIAN ROHINGYA PERLU PATUH UNDANG-UNDANG, HORMATI RAKYAT TEMPATAN – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Kerajaan Melaka mengambil pendirian bertegas dan tidak akan berkompromi berhubung isu pelarian Rohingya terutamanya apabila melibatkan...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM AUTOMOTIF NEGARA
GADEK 15 Jun - Pelaburan baharu yang diterima secara tidak langsung membuktikan bahawa Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai kestabilan,...
INDUSTRI AUTOMOTIF JADI PEMANGKIN EKONOMI UTARA MELAKA
GADEK 15 Jun - Kemudahan mengecat badan kenderaan atau 'painting line' milik EP Manufacturing BerhadĀ (EPMB) sedang dalam fasa pembinaan...

