Alasan sakit kaki, rupanya dah buang bayi

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

ALOR GAJAH 22 Sept. – Polis menahan pekerja kilang warga Nepal yang dipercayai ibu kepada bayi lelaki berusia dua hari ditemukan mati di asrama pekerja asing sebuah kilang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, polis menerima laporan kejadian kira-kira 9.10 pagi tadi daripada pekerja kilang berkenaan sebelum sepasukan polis bersama forensik bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik tiba ditempat kejadian, katanya, polis menjumpai mayat bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat di dalam plastik hitam di atas katil asrama berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan perempuan warga Nepal berusia 38 tahun.

“Suspek sebelum itu pada jam 1.30 pagi Isnin lalu dikatakan telah meminta pemandu van kilang untuk membawanya ke klinik panel kilang atas alasan sakit kaki,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

KETUA Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu. Gambar fail

Menurutnya, pihak klinik kemudian merujuk kes tersebut ke Hospital Alor Gajah apabila suspek disyaki baru sahaja selepas keguguran sebelum kes dipindahkan ke Hospital Melaka.

“Susulan itu, suspek ditahan jam 12 tengah hari tadi dan kini dirawat di Hospital Melaka manakala mayat bayi telah dibawa Bahagian Forensik hospital untuk bedah siasat,” katanya.

“Pihak polis juga sedang mengesan teman lelaki senegara suspek berusia 38 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

873
Kongsi :
Previous post Peniaga Jonker Walk rayu segerakan projek naik taraf
Next post Pick remaja: Pelajar sekolah harian terima vaksin secara berjadual
Ubah saiz-+=