
All England: Lakshya ranapkan impian Zii Jia ke final
KUALA LUMPUR, 20 Mac – Pemain perseorangan negara Lee Zii Jia gagal mempertahankan kejuaraan All England selepas tunduk di tangan pemain dari India, Lakshya Sen dalam aksi separuh akhir di Arena Birmingham malam tadi.
Zii Jia tewas dalam aksi tiga set 13-21, 21-12 dan 19-21.
Turun selaku pemain pilihan keenam, laluan Zii Jia tampak berliku apabila berlaku aksi kejar mengejar mata, namun Sen menidakkan kemampuan pemain berusia 24 tahun itu dengan menang 13-21 pada set pertama.
Tatkala permainan kelihatan lebih memihak kepada Sen, Zii Jia kembali dengan momentum bertenaga untuk melengahkan kemenangan Sen apabila seketika mendahului 10-2 sebelum memenangi perlawanan set kedua 21-12.
Pada set penentuan, Zi Jia yang pernah tewas kepada Sen pada Siri Antarabangsa Satelit India 2016 di Hyderabad, India sekali lagi gagal menyaingi pencabar berusia 21 tahun itu yang mencatat kemenangan 21-19.
Kemenangan Sen dalam aksi selama sejam 16 minit itu menyaksikan beliau bakal membuat perhitungan pada final esok berdepan pemain pilihan pertama dari Denmark, Viktor Axelsen atau pemain pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien Chen yang turun beraksi lewat hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERINGAT ‘ADIWIRA’ KEBERSIHAN MELAKA DIHARGAI
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Kerajaan Negeri Melaka terus menghargai jasa dan pengorbanan hampir 500 petugas kebersihan yang menjadi antara...
1,500 KAMPIT BERAS PERCUMA, AYAM RM5 TANDA KASIH TOK RAUF BUAT RAKYAT REMBIA
REMBIA 9 Ogos - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima tanda kasih daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab...
DARI TAMAN HINGGA KE KAMPUNG, REMBIA DILIMPAHI KASIH SAYANG TOK RAUF
REMBIA 9 Ogos - Dari taman perumahan hingga ke kampung-kampung, pelbagai lapisan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima...
13 SIRI TURUN PADANG, SETIAP PERSINGGAHAN ADA TINDAKAN
REMBIA 9 Ogos - Setiap persinggahan dalam 13 siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sekadar kunjungan turun padang, sebaliknya...
BUKAN CURI, SALAH FAHAM PUNCA POKOK MBJB ‘DIBAWA PULANG’
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Isu pokok hiasan milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang didakwa dibawa pulang pengunjung ketika...
JELAJAH SAYANG RAKYAT BUKAN ‘LAKONAN BERMUSIM’
REMBIA 9 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan 'lakonan bermusim' atau pecutan saat akhir menjelang pilihan raya, sebaliknya...
