Allahyarham Abu Zahar terima Anugerah Tokoh UMNO

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LUMPUR 18 Mac – Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin menerima pengiktirafan Anugerah Tokoh UMNO sempena sambutan Jubli Intan ke-75 hari ini.

Allahyarham Abu Zahar yang juga mantan Ketua Menteri Melaka kelapan antara 13 pemimpin negeri UMNO yang menerima pengiktirafan berkenaan yang disempurnakan sendiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Allahyarham menerima sijil sertamedal emas dan pengiktirafan itu diterima oleh anak Allahyarham, Mohd Idi Iskandar yang juga abang kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin, Khaidhirah.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin ketika mengumumkan senarai nama penerima anugerah berkata, mereka ini adalah wira UMNO yang mengamanahkan kepada kita untuk menyambung perjuang ke jalan Allah S.W.T.

“Jasa mereka ini terpahat dalam hati kita, inilah tokoh yang sanggup ke hadapan mempertahankan agama, bangsa dan negara,” katanya memetik UMNO Online.

Selain Allahyarham Abu Zahar, turut menerima anugerah berkenaan, Tan Sri Onn Ismail (Selangor); Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang (Negeri Sembilan); Tan Sri Osman Aroff (Kedah); Tan Sri Ramli Ngah Talib (Perak) dan Tan Sri Dr Ibrahim Saad (Pulau Pinang).

Turut menerima pengiktirafan, Datuk Faridah Abu Hassan (Wilayah Persekutuan); Tan Sri Hussein Ahmad (Kelantan); Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis); Datuk Mohd Salleh Ismail (Terengganu); Allahyarham Tan Sri Sabaruddin Chik (Pahang); Tan Sri Mohamad Aziz (Johor) dan Tan Sri Ampong Puyon (Sabah).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

626
Kongsi :
Previous post Expo 2020 Dubai: Melaka Week catat 40,000 pengunjung
Next post Mahkamah Tinggi perintah buruh tetak peguam dipenjara setahun, didenda RM10,000
Ubah saiz-+=