
Expo 2020 Dubai: Melaka Week catat 40,000 pengunjung
DUBAI 18 Mac – Melaka Week yang berlangsung di Expo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencatat kejayaan membanggakan apabila merekodkan lebih 40,000 pengunjung.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, malah ketika penganjuran Melaka Week, Pavillion Malaysia telah mencipta sejarah apabila mencatatkan jumlah bilangan pengunjung keseluruhan melebihi satu juta orang.
Katanya, sepanjang Melaka Week pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti forum dan business talk, pertukaran memorandum persefahaman serta padanan perniagaan.
“Pelbagai aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik sepanjang kita berada di sini.
“Lebih daripada lapan sesi forum dan business talk, lapan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) dan lebih dari 50 padanan perniagaan telah dilaksanakan,” katanya pada sidang media bersempena hari terakhir Melaka Week di Expo 2020 Dubai, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
