Amaran buat individu sembunyikan kelahiran

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

TABOH NANING 9 Sept. – Tindakan tegas akan diambil kepada individu yang menyembunyikan kelahiran di negeri hingga mendatangkan pelbagai kesan kepada kelahiran.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Latipah Omar berkata, kebanyakkan kes yang berlaku tersebut adalah daripada isu melahirkan anak luar nikah menyebabkan anak yang dilahirkan tidak didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Sekiranya perkara ini berlaku ia akan mendatangkan kesan kepada anak tersebut pada masa akan datang terutama apabila usia mereka menjelang ke alam persekolahan.

“Jika perkara ini berlaku, maka berlakunya keciciran dalam kalangan kanak-kanak kerana mereka tidak disekolahkan disebabkan tidak mempunyai sijil pendaftaran yang sah.

“Jadi, mana-mana individu yang menghadapi perkara ini perlu peka dan tampil ke hadapan dengan melaporkan diri di Pejabat Japerun mahupun JPN bagi membantu mereka demi menjamin masa depan generasi yang dilahirkan.

“Bagaimanapun, kes-kes yang berlaku di negeri ini berada pada skala kecil dan kes ini dianggap kes terpencil di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, kes permasalahan keluarga terutama keganasan terhadap wanita juga berada pada paras yang begitu rendah direkodkan di negeri ini.

“Kebanyakkan kes yang berlaku telah diselesaikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kes ini merupakan kes terpencil berlaku di Melaka.

“Setakat ini kesemua kes yang berlaku dalam keluarga terutama membabitkan wanita di Melaka masih berada dalam keadaan terkawal dengan seliaan JKM serta pihak yang terlibat.

“Antara tindakan yang akan diambil jika perkara ini berlaku mereka akan disabitkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga Pindaan 2012,” katanya.

Views:

463
Kongsi :
Previous post Prestasi ekonomi kian pulih, penguncupan KDNK mengecil – Kementerian Kewangan
Next post MBMB menuju MSOSH Gold Award 2019
Ubah saiz-+=