
‘Anak-anak belum tahu’ – Shuib
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu mendedahkan berita pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin masih belum diketahui anak-anak.
Beliau yang keluar sejak awal pagi bagi menguruskan urusan pengebumian berkata, perkara itu akan dimaklumkan apabila tiba di rumah nanti.
“Buat masa ini anak-anak belum tahu. Saya baru nak balik dan baru hendak beritahu mereka.
“Doakan urusan saya dipermudahkan,” katanya dalam satu siaran video selepas urusan pengebumian jenazah isterinya sebentar tadi.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak pada jam 1.45 tengah hari tadi.
Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan isterinya selama ini.
“Hanya Allah SWT dapat membalas budi anda semua. Saya balikkan semua doa-doa untuk kalian dan saya doakan semua diberkati dan dilindungi.
“Kepada sesiapa yang sedang ‘struggle’ dan bertarung nyawa juga saya doakan agar dipermudahkan dan dilindungi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
