Anak Melaka lanjut pengajian di Al-Azhar terima sumbangan KM

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Seramai sembilan anak Melaka yang bakal menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, pada 6 Ogos ini menerima sumbangan RM2,500 seorang daripada Kerajaan Negeri.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, beliau berbesar hati dapat menyampaikan cek-cek sumbangan itu.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya dan menasihati semua pelajar terbabit supaya belajar bersungguh-sungguh.

SULAIMAN bertanya sesuatu kepada seorang daripada tujuh pelajar yang menerima sumbangan cek bernilai RM2,500.

“Hari ini, saya cukup berbesar hati dapat menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada tujuh daripada sembilan orang penerima iaitu RM2,500 seorang yang akan melanjutkan pengajian dalam jurusan Pengajian Islam dan Usuludin.

“Saya dimaklumkan, mereka akan tinggal di Seri Melaka di Mesir,” katanya.

Beliau turut memuat naik beberapa gambar majlis penyampaian berlangsung di pejabatnya di Seri Negeri, di sini.

Pelajar terbabit adalah Mawaddah Mohd Puad, Mohammad Amirul Mohammad Fendi, Muhammad Afiq Mohd Esa, Muhammad Nor Irfan Rashid dan Muhammad Harits Josly.

Selain itu, Nuraqila Mohd Saharudin, Muhammad Nasrul Afiq Haridan, Siti Aminah Ismail dan Muhammad Abi Rafdi Azmee.

“Buat anak-anak…pak cik harap anda semua dapat menjaga diri dan nama baik Melaka sepanjang berada di perantauan dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Apa yang baik di tempat orang boleh dibawa balik ke Melaka nanti,” katanya.

Majlis penyampaian itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud dan Setiausaha MAIM Muhammad Ikram Ibrahim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

760
Kongsi :
Previous post Pelajar lepasan universiti rugi RM138,990 ditipu tawaran kerja
Next post ‘Berlatih di Melaka boleh dapat emas Olimpik’ – LCW
Ubah saiz-+=