Aneka makanan bergoreng serendah RM3

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

JASIN 15 Mac – Minatnya berinteraksi dengan orang ramai mendorong Muhammad Fadli Razak, 31, mengusahakan gerai menjual aneka makanan bergoreng sejak 16 tahun lalu.

Anak kelahiran Kesang Damai ini berkata, biarpun tiada dalam kalangan ahli keluarga yang suka berniaga, namun ia bukan halangan untuk dia mencuba bidang itu.

“Alhamdulillah sejak 2008 saya mengusahakan makanan seperti mi goreng, kuetiau goreng, mihun goreng dan nasi goreng kampung di tapak pasar malam dan Bazar Ramadan Jasin Bestari.

“Untuk bulan puasa memang saya pilih Bazar Ramadan Jasin Bestari kerana ramai pelanggan yang sudah kenal dan sambutan pelanggan di sini juga menggalakkan.

“Harga ditawarkan pula serendah RM3 hingga RM5 mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di bazar berkenaan di sini, semalam.

Katanya lagi, biarpun menggunakan bahan masakan sedikit mahal seperti kerang, ikan bilis dan telur, namun rezeki berniaga tetap ada.

“Ketika mula berniaga harga barangan jualan cuma RM1.50, sekarang paling murah RM3. Biarpun murah masih boleh balik modal, alhamdulillah di bazar Ramadan ini memang setiap hari makanan habis dijual.

“Kalau hujung-hujung puasa lagi ramai yang akan singgah membeli dan biasanya jualan akan habis lebih awal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

695
Kongsi :
Previous post Martabak rendang pilihan berbuka
Next post Dua pasang suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan edar dadah
Ubah saiz-+=