
Anggota polis trafik maut, enam ahli keluarga cedera
KOTA BHARU, 1 Mei – Seorang anggota polis trafik maut selepas kenderaan yang dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pada awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Shuhaimi Jusoh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa Ahmad Ibrahim, 31, yang bertugas di Balai Polis Trafik Klang Selatan, Selangor maut di tempat kejadian, manakala anaknya Nur Ariana Sofia, 3, cedera parah dan lima penumpang lain cedera ringan.
“Mangsa yang memandu kereta perodua Aruz itu dalam perjalanan dari Gua Musang untuk menghantar ahli keluarganya ke Kampung Manik Urai di Kuala Krai, dipercayai telah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu terbabas ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MASA MENUNGGU DI KLINIK KESIHATAN MELAKA KINI BERKURANG
SERI NEGERI 15 Julai - Purata masa menunggu di klinik kesihatan negeri ini semakin berkurang dengan pelaksanaan sistem Cloud-Based Clinic...
KERAJAAN NEGERI TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri menegaskan penggal terakhir pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bukan tempoh untuk memperlahankan...
ADLY SOKONG PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, KEPUTUSAN POLITIK DIBINCANG ESOK
SERI NEGERI, 15 Julai – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menegaskan beliau masih menyokong pentadbiran Kerajaan Negeri yang...
BIL AIR PERCUMA BERI MANFAAT 327 KELUARGA MANGSA BANJIR MELAKA
SERI NEGERI 15 Julai – Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Melaka Sayang Rakyat Bil Air Percuma kepada mangsa banjir di...
1,900 PELAJAR B40 MELAKA BAKAL TERIMA LESEN B2 PERCUMA
SERI NEGERI 15 Julai – Seramai 1,900 pelajar daripada keluarga B40 di Melaka bakal menikmati manfaat Program MyLesen B2 Sekolah...
4 JAPERUN TELAH DIKOSONGKAN, JAWATAN EXCO AKAN DIPANGKU
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri telah menerima surat rasmi peletakan jawatan daripada wakil-wakil DAP Melaka yang melepaskan semua...

