Angkara seleweng dua sahabat didenda RM15,000 seorang

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 9 Feb – Seorang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin bersama rakannya didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas didapati bersubahat dan menipu membabitkan pembekalan peralatan, empat tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh Muhammad Nurhafizi Samat, 34, dan Mohd Zamry Yazid, 47, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pilihan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nurhafizi didakwa menipu seorang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Jasin sehingga mendorong individu terbabit untuk memperakukan pembayaran keseluruhan sebanyak RM9,536 kepada sebuah syarikat untuk pembekalan peralatan bagi unit kawalan mutu air (KMAM).

Bagi pertuduhan keatas Mohd Zamry Yazid, 37, yang juga bekas kakitangan PKD Jasin pula dia didakwa bersubahat dengan Muhammad Nurhafizi, menipu individu sama apabila dengan sengaja mendorongnya memperakukan pembayaran dengan nilai sama kepada syarikat sama.

Kesalahan itu dilakukan kedua-dua tertuduh di Pejabat Kesihatan Daerah Jasin antara 5 November hingga 9 November 2018.

Justeru mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka yang diwakili peguam Mohd Zulfiqri Zakaria dan Azrul Zulkifli Stork merayu kepada mahkamah agar hukuman ringan dikenakan dengan alasan anak guam mereka mempunyai tanggungan selain menyesali kesalahan dilakukan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat memohon kepada mahkamah supaya hukuman setimpal dikenakan dengan alasan kedua-dua mereka adalah penjawat awam selain dana terbabit adalah dana awam.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM15, 000 setiap seorang atau 10 bulan penjara jika gagal membayar denda dikenakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

934
Kongsi :
Previous post Tergamam ular sawa telan angsa
Next post PM doakan Muhyiddin, keluarga diberi kesembuhan
Ubah saiz-+=