ANGKASA lancar Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye dan Syria

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

ASAHAN 10 Februari – Sebagai usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria, Angkasa Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melancarkan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye dan Syria hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, tabung itu diwujudkan sebagai langkah prihatin sesama manusia kerana prinsip koperasi yang berpaksikan kepada kemakmuran hidup manusia dalam pelbagai aspek.

Katanya, ANGKASA selaku badan apeks, badan puncak yang diiktiraf oleh kerajaan turut bersama-sama menterjemah solidariti koperasi kepada isu-isu kemanusiaan termasuk bencana.

“Sebagai badan puncak yang diiktiraf oleh kerajaan untuk memayungi gerakan koperasi di negara ini, ANGKASA mengambil langkah menterjemah solidariti koperasi kepada
isu – isu yang membabitkan kemanusiaan termasuk melalui bantuan bencana menerusi program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) CoopCare.

“Orang ramai dan anggota koperasi boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB ISLAMIC: 8600445433 dengan rujukan sumbangan COOP4TurkiyeSyria. Untuk
maklumat lanjut layari laman rasmi ANGKASA di www.angkasa.coop dan facebook @ANGKASACoop untuk maklumat lanjut.

“Di kesempatan ini juga, saya menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kepada Koperasi Keluarga Hj Sharief Melaka Berhad di Kampung Gubah, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 90 asnaf menerima bantuan melalui pemilikan saham koperasi keluarga terbabit.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata tabung kemanusiaan itu akan dibuka sebulan sebelum pihaknya menyerahkan sumbangan terbabit.

“Dalam tempoh sebulan ini, tabung bantuan ini akan dibuka untuk orang ramai menyalurkan sumbangan, dan kita sasarkan bantuan yang akan diperoleh sehingga RM 300,000 untuk disalurkan kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Dan setakat ini, saya telah menerima beberapa panggilan, di mana ada satu badan bukan kerajaan telah menderma lebih RM10,000 bagi tabung misi kemanusiaan ANGKASA, dan kita turut alukan orang ramai serta ahli koperasi untuk sama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik di sana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1008
Kongsi :
Previous post KPDN dalam perbincangan beri insentif kepada pengusaha sedia Menu Rahmah
Next post Hadiah RM5,000 menanti pemenang utama cipta logo Tahun Melawat Melaka 2024
Ubah saiz-+=