Anwar desak PM arah pihak berkuasa siasat isu Pandora Papers

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 18 Okt – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri campur tangan dengan mengarahkan siasatan dilakukan terhadap isu Pandora Papers.

Beliau berkata, langkah itu perlu diambil tindakan segera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana membabitkan pengeluaran wang bernilai berbilion ringgit.

Katanya, ketika membahaskan mengenai perkara itu di sidang Dewan Rakyat, dakwanya Perdana Menteri enggan masuk campur sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Baru-baru ini saya bangkitkan soal Pandora Papers, tiada jawapan dan siasatan.

“PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) kata serah kepada mereka siasat, kita (kerajaan) tidak campur, mana boleh! mesti arah siasatan!

“Terserahlah kepada badan ambil tindakan, tidak boleh! (arah) puluhan bilion ringgit dikeluarkan baru nak siasat?,” katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

“Ya, saya akan beri kerjasama dan tunggu bila-bila dipanggil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM). Tetapi saya perlu bongkar semua (kerana) ini soal pengaliran wang keluar negara,” katanya.

Terdahulu, SPRM dilapor meminta kerjasama daripada Anwar berhubung pendedahan tentang ‘Pandora Papers’ yang didedahkannya dalam Parlimen dengan mengutuskan notis usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun baru-baru ini.

Bagaimanapun pada 7 Oktober lalu, beliau merayu supaya isu berkenaan dibenarkan untuk dibahas di Dewan Rakyat selepas usul tersebut ditolak Azhar Azizan pada hari sebelumnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post Nasib empat bekas ADUN ditentukan Majlis Presiden PH
Next post TYT dan isteri hadir sambutan Maulidur Rasul
Ubah saiz-+=