
Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
PUTRAJAYA, 27 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Satu sidang media dijangka diadakan selepas mesyuarat itu.
Semalam, Anwar dilaporkan berkata mesyuarat mengenai kos sara hidup itu perlu diadakan segera berikutan terdapat keperluan mendesak berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan beberapa pelan tindakan segera dan jangka panjang bagi mengatasi masalah berkaitan kos sara hidup.
Jumaat lepas, dalam sidang media pertamanya selepas memulakan tugas rasmi, Anwar menegaskan isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinannya bagi mengurangkan beban dialami rakyat ketika ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BACAAN RADIASI RENDAH, STRUKTUR TELEKOMUNIKASI SELAMAT DIBINA DI KAMPUNG JUS PERMAI
ASAHAN 8 Januari - Agensi Nuklear Malaysia mengesahkan bahawa bacaan radiasi elektromagnet di kawasan pembinaan struktur telekomunikasi di sekitar Asahan...
MENARA TELEKOMUNIKASI KAMPUNG JUS PERMAI BERI MANFAAT LEBIH 500 PENDUDUK, TERMASUK PELAJAR IPT
ASAHAN 8 Januari - Pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Jus Permai, di sini, amat penting kerana ia dapat meningkatkan liputan...
6 LELAKI DITAHAN KERANA MERUSUH DI MELAKA RAYA, POLIS SANGKAL BERLAKU TEMBAKAN
BANDA HILIR 8 Januari - Enam lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan susulan kejadian merusuh yang berlaku...
MAKMAL DAN INSEKTARIUM PERKUKUH SISTEM KESIHATAN AWAM MELAKA
PENGKALAN BATU 8 Januari - Makmal dan Insektarium Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang dilancarkan semalam menjadi satu pencapaian penting...
‘GEROBOK REZEKI’ MAIM BANTU RAKYAT TERPUTUS BEKALAN MAKANAN
AYER KEROH 8 Januari - Mereka yang terputus bekalan makanan di negeri ini kini boleh memanfaatkan 'Gerobok Rezeki' di masjid-masjid...
PANTAI PUTERI BERWAJAH BAHARU MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 8 Januari - Pantai Puteri yang menjadi antara lokasi tumpuan pelancong di negeri ini bakal berwajah baharu menjelang...
