Aplikasi Smart Parking boleh guna sehingga Oktober

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 31 Mac – Rakyat di negeri ini boleh menggunakan aplikasi ‘Smart Parking’ sehingga Oktober ini meskipun berlaku perubahan syarikat konsesi yang mengendalikan sistem aplikasi berkenaan.

Datuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, meskipun berlaku pertukaran syarikat konsesi yang mengendalikan aplikasi itu namun sistem itu ditukar secara automatik tanpa membebankan rakyat.

Katanya, sekiranya masih terdapat baki dalam aplikasi berkenaan, orang ramai masih boleh mendapatkan bayaran balik baki dalam sistem berkenaan yang boleh dibuat sehingga Oktober depan.

“Namun amaun yang ada dalam aplikasi masih boleh digunakan sehingga penghujung Oktober menggunakan sistem sama tetapi akan ‘off’ sementara waktu dan aplikasi itu secara automatik bertukar sistem pada April susulan pertukaran konsesi.

“Syarikat konsesi baharu yang mengendalikan aplikasi itu berkuatkuasa 1 Mei ini dan orang ramai yang mahu pulangan balik baki aplikasi itu boleh memohon kepada MBMB bermula Mei sehingga Oktober,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini malam tadi.

Penjelasan itu sekali gus menyangkal dakwaan liar yang mengatakan orang ramai hanya dibenarkan menghabiskan baki aplikasi itu sehingga penghujung April depan sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.

Justeru, Zainal mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sumber yang tidak sahih sebaliknya boleh mendapatkan pengesahan terhadap apa jua keraguan melalui kerajaan negeri, MBMB atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain untuk maklumat lanjut.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2946
Kongsi :
Previous post Ordinan baharu beri kuasa kerajaan guna dana tanpa kelulusan wakil rakyat dalam tempoh darurat
Next post USIM semarakkan agenda prosumer melalui pertanian dalam kampus
Ubah saiz-+=