APM Melaka siap siaga hadapi musim tengkujuh

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 6 Sept – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka bersiap sedia sepenuhnya dari segi logistik dan anggota bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) pada November depan.

MTL membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, seramai 707 pegawai dan anggota sukarelawan APM Melaka bersiap siaga untuk diatur gerakkan jika berlaku bencana banjir dan sebagainya pada bila-bila masa.

 

CUTHBERT.

Katanya, sebanyak 43 aset logistik APM Melaka antaranya 18 bot, kenderaan pacuan empat roda (enam), ambulans (9), lori (5) van (4) dan sebuah jet ski berada juga pada tahap yang terbaik.

“Memang dari awal tahun kita pastikan aset logistik berada dalam keadaan bersiap siaga seperti juga pegawai dan anggota kita bersiap siaga, seiring sejalan.

“Bagi penugasan banjir, seramai 30 pegawai dan 230 anggota sukarelawan terlatih bersiap sedia dalam menghadapi bencana ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana Melaka dan daerah Melaka Tengah di Pejabat APM negeri di sini, hari ini.

Cuthbert berkata, baki 477 anggota sukarelawan akan bersama-sama sekiranya memerlukan ahli tambahan ataupun penambahan.

“Dari segi nasihat dan amaran cuaca buruk akan disebarkan melalui akhbar, media sosial, radio dan televisyen,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

715
Kongsi :
Previous post Lebih 100 ‘hotspot’ banjir dikenal pasti di Melaka – APM
Next post Tanah terbiar ditanam tanaman kontan – Ghazale
Ubah saiz-+=