
APMM Kelantan lupus 251 bot nelayan Vietnam sejak 2007
PASIR PUTEH, 13 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melupuskan 251 bot nelayan Vietnam bernilai RM375 juta yang menceroboh perairan negara menerusi pelbagai kaedah sejak 2007 hingga kini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 18 bot bernilai RM26 juta dilupuskan secara musnah pecah.
“Pada tahun ini sebanyak lima buah bot telah dilupuskan melalui kaedah penenggelaman dan musnah pecah dengan nilai anggaran RM7.56 juta,” katanya pada sidang media di Pusat Tahanan Vesel Maritim Kelantan, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau hadir menyaksikan pelupusan dua bot nelayan Vietnam secara musnah pecah kerana telah reput dan tidak sesuai dijadikan tukun tiruan, di lokasi terbabit.
Khairun Dalilah berkata kedua-dua bot nelayan itu ditahan menerusi Op Damai dan Op Kuda Laut pada Februari dan April tahun lepas.
“Bot itu dimusnahkan selepas dilucut hak oleh mahkamah pada 30 Nov tahun lepas,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
MPHTJ ‘HIDUPKAN’ ASET, BAWA NILAI EKONOMI UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 17 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu mengoptimumkan aset miliknya yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...
WRUR AYER LIMAU BAWA 100 PROGRAM, SEMUA LAPISAN RAKYAT DISANTUNI
AYER LIMAU 17 Ogos - Hampir 100 program disusun bagi memeriahkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
