Karnival Kerjaya Perkeso tawar 11,000 kekosongan jawatan – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

AYER KEROH 13 Jun – Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka Careertrans yang diadakan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula pada 18 dan 19 Jun ini menawarkan sebanyak 11,000 kekosongan jawatan.

EXCO Tenaga Kerja Ngwe Hee Sem berkata, karnival itu bagi memenuhi keperluan pekerjaan tempatan sekali gus mengatasi masalah pengangguran sebanyak 2.8 peratus di Negeri Melaka.

Katanya, dalam karnival tersebut, sebanyak 37 majikan (syarikat) akan menyertai karnival ini dan menjangkakan lebih 7,000 pengunjung akan hadir sepanjang karnival ini berlangsung di MITC.

“Pelbagai syarikat menawarkan peluang pekerjaan termasuklah Petronas, Sime Darby Plantation Berhad, Maybank Berhad, Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd, Hatten Hotel Melaka, A’Famosa Resort dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media karvival berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka, Abd Razak Omar.

Pekerja membuat persiapan di tapak Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Karnival itu merupakan anjuran Perkeso dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka.

Jelasnya, keunikan pada tahun ini adalah penglibatan daripada platform digital seperti Grabcar, Iheal Medical Services dan Akla Services yang menawarkan peluang pekerjaan di dalam Ekonomi Gig.

“Bagi mereka yang bekerja sendiri juga boleh hadir ke karnival ini bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso.

“Selain khidmat nasihat keusahawanan dan buruh daripada agensi-agensi kerajaan yang turut serta dalam karnival kerjaya ini,” katanya.

Katanya selaras dengan pembukaan semua sektor industri dalam fasa peralihan endemik, penganjuran karnival itu menjadi platform kepada pencari kerja pelbagai lapisan termasuk graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

“Serta lulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) dalam negeri mahupun luar negeri Melaka untuk memenuhi mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1184
Kongsi :
Previous post APMM Kelantan lupus 251 bot nelayan Vietnam sejak 2007
Next post Polis tumpaskan sindiket dadah antarabangsa, rampas ganja lebih RM2 juta
Ubah saiz-+=