ATM tawar bantuan logistik penghantaran vaksin ke pedalaman

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KUALA LUMPUR 8 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menawarkan bantuan kemudahan logistik kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penghantaran vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman di seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan keadaan jalan di kawasan pedalaman yang kurang baik dan ATM mempunyai kelengkapan kenderaan yang boleh melalui jalan itu.

“Kalau boleh kita tidak mahu bawa masyarakat pedalaman keluar ke bandar, tetapi kita masuk ke dalam sampai ke perkampungan mereka.

“Sesetengah tempat di pedalaman mungkin tidak ada akses untuk masuk ke kawasan mereka. Jadi kita bawa jururawat, doktor dan sebagainya ke kampung mereka untuk vaksin.

“Kalau tidak ada akses langsung, kita akan bawa juga melalui helikopter, kita buka khemah di perkampungan mereka dan bagi suntikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

ISMAIL bertanya sesuatu kepada penerima vaksin yang hadir untuk divaksin. Foto- FB Ismail Sabri.

 

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affandi Buang.

Sementara itu, Dr Adham berkata kerajaan telah memberi komitmen untuk meluaskan PPV sedia ada kepada kaedah pandu lalu yang memakan kos lebih murah, teratur dan mudah.

Beliau berkata negara kini berada dalam fasa kedua pemberian vaksin dengan stok vaksin sebanyak tujuh juta dos pada Jun dan 14 juta pada Julai.

 

“Untuk fasa kedua kita pelbagaikan PPV selain daripada yang berada di klinik kesihatan, hospital atau dewan atau pusat perniagaan.

“Kita hendak luaskan lagi pemberian vaksin melalui kaedah pandu lalu seperti yang dikendalikan oleh ATM hari ini dan semalam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

491
Kongsi :
Previous post 98 anak kapal KD Mahawangsa disahkan positif COVID-19- Ismail Sabri
Next post 91,317 pegawai dan anggota PDRM selesai suntikan vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=