Ayer Keroh lokasi sambutan malam ambang merdeka, esok

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 29 Ogos – Kira-kira 24 jam menjelang Sambutan Ambang Merdeka ke-66 yang akan berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh, segala persiapan giat dijalankan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, sepanjang sambutan yang akan berlangsung pada malam esok itu, pelbagai acara akan berlangsung termasuk Forum Perdana Merdeka.

“Persiapan untuk sambutan ambang Kemerdekaan berjalan dengan lancar dan membabitkan pelbagai pengisian program antaranya penyampaian puisi Merdeka, persembahan gendang dan nyanyian oleh pelajar sekolah.

“Malah sambutan juga akan diserikan lagi dengan penampilan penyanyi terkenal tanah air iaitu Aishah yang popular dengan Janji Manis Mu,” katanya.

photo1693297190
PERSIAPAN giat dijalankan menjelang sambutan Ambang Merdeka 2023 yang diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, malam esok. Foto: MR. AZLI

Menurutnya, pada sambutan itu juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turut akan menyampaikan amanat kemerdekaan.

“Ia kemudian akan disusuli dengan kiraan detik ambang Kemerdekaan dan diikuti pertunjukan bunga api sebelum nyanyian lagu Negaraku serta Melaka Maju Jaya,” katanya.

Mengulas lanjut Sapiah berkata, bertempat di lokasi sama juga akan berlangsung Karnival Jualan Mega Agro Madani Peringkat Kebangsaan 2023 yang akan berakhir sehingga Ahad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8319
Kongsi :
Previous post Budayakan seni pantun di sekolah-sekolah Melaka – KM
Next post Persembahan pesawat warnai langit Melaka bulan depan
Ubah saiz-+=