Sorting by

×

Ayuh bina empayar di Melaka Halal Hub

Masa Membaca:2 Minit, 27 Saat

SERKAM 7 Mac – Melahirkan usahawan yang produktif, berdaya saing, dinamik dan berwibawa, khusus dalam kalangan belia antara fokus utama Melaka Halal Hub Sdn. Bhd. (MHHSB).

Sebagai orang muda Pengurus Besar MHHSB Abdul Hakim Abdul Wahid, amat mengalu-alukan usahawan dalam kalangan belia untuk menjadikan pusat pengeluaran produk halal itu sebagai tapak melebarkan sayap dalam bidang keusahawanan.

Beliau sedar ramai usahawan tempatan sebenarnya memiliki produk berkualiti yang mempunyai potensi pasaran amat luas sekiranya diberikan bimbingan dan diuruskan dengan cara betul.

photo1677564718
PEJABAT Urusan Melaka Halal Hab Sdn. Bhd. Serkam, Jasin. Foto: MR. AZLI

“Usah lagi berniaga secara ala kadar, ayuh kembangkan perniagaan di MHHSB. Jangan cepat selesa dengan apa yang dimiliki, cabar diri untuk kembangkan perniagaan anda, datang ke MHHSB kami sedia beri bimbingan.

“Dalam perancangan Pembangunan Negeri Melaka, MHHSB berada di ‘flagship’ ke-3 iaitu Melaka Negeri Usahawan (Pembangunan Industri pertanian dan Makanan) semestinya menjadi tanggungjawab kami untuk tingkatkan lagi jumlah usahawan tempatan.

“Selain menyediakan ruang kilang, kami juga memainkan peranan untuk memudahkan lagi proses permohonan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapatkan pensijilan Halal, pengesahan logo makanan selamat tanggungan industri (MeSTI) dan Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta promosi di platform digital,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Serkam, di sini, baru-baru ini.

Abdul Hakim berkata, selain membimbing usahawan untuk berjaya pihaknya sedang mengintai beberapa perniagaan baharu seperti aktiviti menternak ketam nipah bakal dijalankan secara usaha sama dengan sebuah syarikat swasta, sekali gus meningkatkan lagi pendapatan MHHSB.

photo1677565319
ABDUL Hakim (kanan) bersama Pengarah Aqil Sdn. Bhd. Muhammad Khoiri Sahat (dua dari kanan) melawat Aqil Kilang Marinate di Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub Serkam, Jasin. Foto: MR. AZLI

Bagi perancangan jangka panjang, beliau juga melihat ada keperluan untuk mewujudkan hab halal menyediakan kemudahan dan perkhidmatan seperti MHHSB di Melaka Tengah dan Alor Gajah.

“Jika ini berjaya direalisasikan pastinya lebih banyak produk halal boleh dihasilkan jumlah usahawan juga lebih ramai. Perlu ingat produk halal bukan setakat makanan, ia luas termasuk barangan kegunaan harian lain seperti sabun pencuci pinggan dan minyak pelincir.

“Berikutan itu saya harap lebih ramai tampil untuk bersama-sama kami membina empayar di sini, sebagai orang muda menjadi hasrat saya untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia.

“Selain daripada perkhidmatan dinyatakan, kami turut menawarkan sewaan bilik seminar kepada semua pihak pada kadar yang amat berpatutan,” katanya.

Sementara itu pengusaha produk berasaskan perapanan Muhammad Khoiri Sahat, 33, berkata, dia adalah antara usahawan muda yang mendapat manfaat hasil bimbingan dan bantuan dihulurkan oleh MHHSB.

Anak jati Melaka ini berkata, sebagai pengusaha produk makanan MHHSB banyak membantunya dalam mendapatkan kelulusan Halal dan pensijilan lain.

“Sebagai usahawan muda saya mengesyorkan rakan-rakan mahu mengembangkan peniagaan untuk memanfaatkan kemudahan dan bimbingan disediakan oleh MHHSB.

“Pengesahan Halal dan pensijilan lain amat penting dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan pelanggan kepada produk kita dan secara tidak langsung ia adalah sebahagian daripada promosi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3965
Kongsi :
Previous post Roslan dilantik Setiausaha Politik Ketua Menteri yang baharu
Next post Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini
Ubah saiz-+=