Ayuh warga Melaka sertai ‘survey’ draf Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 31 Dis. – Kerajaan Melaka mengajak seluruh rakyat di negeri ini sertai kaji selidik (survey) berkenaan draf Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang akan dijalankan untuk tempoh dua minggu bermula esok iaitu 1 Januari hingga 14 Januari 2021.

Buat warga Melaka, anda boleh dapatkan borang survey secara atas talian pada pautan https://forms.gle/Y2K3mukbTLwxvm5X9 atau dengan mengimbas kod QR berikut;

Borang survey secara fizikal yang akan ditempatkan di jabatan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) yang boleh dicetak melalui google form.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menerusi kenyataan medianya sebentar tadi berharap seluruh warga negeri ini dapat meluangkan masa menjawab borang survey tersebut bagi memudahkan kerajaan negeri mengetahui hasrat rakyat dalam meneraju kemajuan serta pembangunan negeri amnya.

“Saya berharap seluruh rakyat Negeri Melaka dapat meluangkan masa untuk
menyertai sesi libat urus ini dengan menjawab borang survey yang dilampirkan secara dalam talian (online) bagimembolehkan kerajaan negeri mengetahui tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam memastikan hala tuju ke arah pembangunan komprehensif dan holistik Negeri Melaka, sehingga tahun 2035 dapat direalisasikan.

“Justeru, dengan maklum balas yang bakal diperoleh dalam sesi libat urus ini kelak, ianya akan digunakan dalam menambah baik draf PSMJ 2035 ini sebelum dokumen ini dilancarkan,” katanya.

Views:

1911
Kongsi :
Previous post Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari Hospital Tampin
Next post LHDNM tiada akaun TikTok
Ubah saiz-+=