
Azhar Azizan nafi keluar surat kepada PM, maklum hilang majoriti
KUALA LUMPUR 11 Ogos – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menafikan beliau ada mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya telah hilang majoriti.
Azhar Azizan berkata dakwaan berkenaan sepertimana dilapor sebuah portal adalah palsu.
“Saya menafikan laporan berita itu dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada YAB Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Berita itu adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, laporan berita portal Suara.TV bertarikh 11 Ogos, bertajuk ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ mendakwa Azhar Azizan selaku Speaker Dewan Rakyat telah memaklumkan perdana menteri mengenai perkara itu.
Pautan laporan yang tular di media sosial bagaimanapun kini tidak lagi boleh dibuka melalui portal berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEORANG WANITA MAUT, DUA PEMANDU CEDERA DALAM KEMALANGAN DI MIRI
SIBU 22 Mac - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat...
CUACA PANAS: ELAK PEMBAKARAN TERBUKA
PAYA RUMPUT 22 Mac - Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia merupakan satu...
25,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 22 Mac - Kira-kira 25,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di...
KONTRAKTOR RUGI LEBIH RM300,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
TEMERLOH 22 Mac - Seorang kontraktor kerugian RM356,342 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sesawang...
DUA LELAKI DITAHAN CUBA CURI KABEL DI JAM BESAR
SUNGAI PETANI 22 Mac - Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran Dataran Jam Besar di sini, petang...
DARIPADA RASA INGIN TAHU, ‘YB SEM’ BERJAYA PUASA LEBIH 20 HARI
MACHAP JAYA 22 Mac — Tanpa latar belakang agama Islam, beliau memilih untuk bangun sahur, menahan lapar dan dahaga, bukan...
