Azman Adam dilantik Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP baharu

Masa Membaca:47 Saat

PUTRAJAYA, 14 Jan. – Timbalan Pengarah (Pencegahan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam dilantik sebagai Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP yang baharu berkuat kuasa pada 5 Jan lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan tersebut serta menyempurnakan majlis pemakaian pangkat yang dijalankan secara tertutup.

“Saya yakin beliau akan terus mendokong misi dan visi kementerian dalam keadaan penuh siap siaga dan upaya menyelia pematuhan perundangan di bawah kementerian dalam kalangan peniaga dan prihatin melindungi kepentingan pengguna,” katanya.

Azman, 50, yang berasal dari Terengganu itu berpengalaman luas dalam bidang penguat kuasa dan telah memikul pelbagai tanggungjawab di beberapa negeri seperti Ketua Pegawai Penguat Kuasa Selangor sebelum berkhidmat di Ibu Pejabat KPDHEP Putrajaya sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Azman pernah menerima anugerah High Performance Award, Mayban Finance Berhad pada 1992 sebelum menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDNHEP pada 1998, 2005, 2007, 2009 dan 2011. – BERNAMA

Views:

2057
Kongsi :
Previous post Jualan atas talian kaedah terbaik buat peniaga kecil sepanjang PKP 2.0
Next post COVID-19: Enggan rawat pesakit, hospital swasta kini boleh dipenjara, denda RM5 juta
Ubah saiz-+=