COVID-19: Enggan rawat pesakit, hospital swasta kini boleh dipenjara, denda RM5 juta

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Hospital swasta di seluruh negara yang tidak memberikan kerjasama atau enggan menerima dan merawat pesakit COVID-19 jika diminta kerajan boleh dipenjara serta didenda sehingga RM5 juta, lapor portal Berita Harian Online hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan pelaksanaan Ordinan Darurat sehingga 1 Ogos depan hospital swasta boleh diarahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membantu merawat pesakit COVID-19.

“Dulu hospital swasta boleh reject (buang) pesakit dan KKM tiada kuasa untuk halang mereka namun di bawah Ordinan Darurat ini kerajaan boleh arahkan pihak hospital swasta ambil pesakit COVID-19, dan jadikan hospital mereka sebagai pusat kuarantin.

“Sekiranya mereka (hospital swasta) tidak memberikan kerjasama serta enggan menerima dan merawat pesakit COVID-19, mereka boleh berhadapan risiko dipenjara dan didenda sehingga RM5 juta,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Justeru, jelasnya pihak hospital swasta wajib membantu KKM menerima dan merawat individu yang dikesan dijangkiti COVID-19 tanpa boleh ada penolakan.

Ismail Sabri berkata, atas alasan itu juga kerajaan tidak perlu bimbang dengan isu tidak cukup katil bagi pesakit COVID-19 kerana KKM boleh mengarahkan pihak swasta membenarkan penggunaan wad mereka semasa pelaksanaan Ordinan Darurat.

Views:

290
Kongsi :
Previous post Azman Adam dilantik Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP baharu
Next post Kedai dobi layan diri di kawasan PKP boleh beroperasi
Ubah saiz-+=