Badaruddin dilantik Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Melaka

Masa Membaca:43 Saat

AYER KEROH 26 Mei – Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Badaruddin Mohd Kassim dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) yang baharu berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Badaruddin, 53 memegang jawatan itu bagi menggantikan Datuk Salhah Salleh yang dilantik menjadi Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

Terdahulu, menerusi Facebook rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali turut berkongsi pelantikan itu selepas beliau menerima kunjungan hormat Badaruddin di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Salhah.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan selamat bertugas dan menabur khidmat kepada rakyat Melaka,” katanya.

Badaruddin pernah memegang jawatan di beberapa kementerian sebelum ini termasuk menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha, MAFI, Ketua Penolong Pengarah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Ketua Penolong Setiausaha di kementerian sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3454
Kongsi :
Previous post Cacar Monyet: Melaka cadang KKM laksana saringan di semua pintu masuk negara
Next post Cemas, kepala anak tersangkut di jeriji besi
Ubah saiz-+=