Bahang Hari Malaysia 2022 makin terasa

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 14 September – Penantian dua tahun rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Malaysia 2022 secara besar-besaran bakal menjadi realiti, Jumaat ini.

Sambutan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir itu bakal menempa sejarah baharu apabila julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di tapak penganjuran berkenaan mendapati bahang sambutan itu kian terasa dengan pelbagai persediaan serta persiapan agensi yang terlibat.

Pada tinjauan itu kelihatan juga kerja-kerja pemasangan khemah, karpet merah serta latihan persembahan muzik sedang giat dilaksanakan.

Antara yang dilihat mengadakan raptai persembahan ialah artis kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

photo1663126994
Suasana persiapan menjelang Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 16 September ini di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Difahamkan, antara persembahan yang dijangka memukau pengunjung pada sambutan itu ialah persembahan muzikal yang diselitkan dengan penceritaan tentang penubuhan Hari Malaysia pada 16 September 1963.

Begitu juga persembahan khas “Dari Robohan Kota Melaka, Kita Dirikan Negara Merdeka” yang bakal menampilkan empat segmen iaitu Pahlawan Bangkit Bahang Nasionalisme Tanah Air Kita, Jejak Merdeka, Malaysia Kita dan Teguh Banjaran Titiwangsa.

Turut disediakan konsert yang menampilkan nyanyian artis terkemuka tanah air.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1923
Kongsi :
Previous post 200 tikar percuma kepada pengunjung Hari Malaysia 2022
Next post Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan
Ubah saiz-+=