Bajet 2022: Inklusif bersifat ‘serampang banyak mata’

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

SERI NEGERI 27 Dis. – Pembentangan Bajet Melaka 2022 bertemakan ‘Stabil Melaka, Makmur Bersama’ disifatkan sebagai ‘serampang banyak mata’ sejajar dengan tunjangnya yang inklusif mendepani kehendak rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bajet yang bersifat menyeluruh itu memperkenalkan tiga tunjang utama membabitkan kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi dan kecekapan tadbir urus.

Beliau berkata, elemen terbabit turut menekankan aspek Pemulihan Ekonomi Pasca Pandemik COVID-19 dengan kebanyakkannya telah mula menunaikan janji Barisan Nasional (BN) dalam aku janji 100 hari dengan tempoh maksima selama lima tahun.

“Bajet 2022 dibentangkan sebagai ‘serampang banyak mata’ dijadikan bajet pemulihan ekonomi, mengatasi masalah bencana banjir, memastikan kestabilan kerajaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pelancongan selain memperhebatkan inisiatif kebajikan rakyat demi kesejahteraan semua masyarakat yang limpahan kemakmurannya mampu dikecapi bersama.

“Bajet yang dinyatakan ini sebagai inisiatif kebajikan rakyat demi kesejahteraaan semua golongan masyarakat tanpa ada yang terkecuali dan tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan Bajet 2022 pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, DUN Melaka Ke-15 di Bilik Tun Mutahir, di sini hari ini.

Dalam pada itu ujarnya, kerajaan negeri berjaya membentangkan bajet yang merupakan bajet surplus berjumlah RM428.91 juta.

“Bajet ini sebenarnya bajet surplus atau bajet lebihan dengan anggaran hasil cukai berjumlah RM211.05 juta dan hasil bukan cukai berjumlah RM200.31 juta dan terimaan bukan hasil bernilai RM17.55 juta.

“Anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM427.92 juta dengan maksud tanggungan dianggarkan berjumlah RM10.48 juta manakala bagi maksud bekalan sebanyak RM417.44 juta.

“Manakala, anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM80 juta iaitu sumber hasil negeri sebanyak RM56.36 juta dan pemberian geran tahap oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM23.64 juta.

“RM20 lagi pula adalah token untuk pindahan daripada akaun pinjaman disatukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

610
Kongsi :
Previous post DUN Melaka – Pelantikan Dira sebagai Timbalan Speaker wanita pertama aspirasi buat wanita muda
Next post Dr Akmal bidas tuduhan ADUN Ayer Keroh
Ubah saiz-+=