
Bajet 2023: Blok Wanita dan Kanak-kanak Hospital Melaka akan dibina
KUALA LUMPUR 7 Oktober – Bangunan Blok Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Melaka turut diberikan perhatian untuk ditambah baik menerusi pembentangan Bajet 2023, hari ini.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sebanyak RM1.8 bilion diperuntukkan bagi pembelian peralatan untuk klinik, hospital dan fasiliti baharu.
“Tahun hadapan beberapa projek pembinaan hospital, klinik dan fasiliti baharu akan dilaksanakan termasuklah kos perolehan peralatan dengan kos RM1.8 bilion.
“Antaranya Hospital Maran di Pahang dengan kos RM357 juta, Bangunan Blok Wanita dan Kanak-kanak di Hospital Melaka serta lima klinik kesihatan baharu di Linggi Negeri Sembilan, Penampang Sabah dan Sepupuk Sarawak,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAPAL BERSEJARAH SEBELUM MERDEKA BAKAL JADI PAMERAN BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 27 September - Sebuah kapal yang mempunyai nilai sejarah sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan bakal dibawa ke Melaka...
FIESTA RAKAN MUDA MELAKA HIDUPKAN KREATIVITI, BAKAT ANAK MUDA
AYER KEROH 27 September - Sebanyak 25 aktiviti disediakan pada Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 yang berlangsung selama...
MPHTJ ANJUR LEBIH 30 GOTONG-ROYONG SETIAP BULAN
JASIN 27 September - Lebih 30 program gotong-royong dianjurkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setiap bulan sebagai usaha berterusan...
KLINIK CANTIQ BAWA MESEJ KECANTIKAN SELAMAT
PENGKALAN BATU 27 September - Masyarakat khususnya wanita diingatkan supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika mendapatkan rawatan atau prosedur kecantikan...
PASAR BESAR MELAKA SENTRAL BUKA PELUANG LEBIH LUAS UNTUK PENIAGA
PENGKALAN BATU 27 September - Cadangan pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral kini berada pada peringkat Kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos...
KERAJAAN SEMENTARA BUKAN ALASAN PERLAHANKAN LANGKAH LAKSANAKAN AMANAH RAKYAT
PENGKALAN BATU 27 September - Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara rasmi 23 September lalu, tidak bermakna penyampaian...
