Bajet Melaka 2022 : Bina lebih banyak premis perniagaan berbumbung, strategik – NGO

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 16 Dis – Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Kecil Melayu Negeri Melaka meminta kerajaan negeri membina lebih banyak premis perniagaan berbumbung di negeri ini.

Yang Dipertuanya Datuk Zaleha Bujang berkata insiatif itu sekali gus dapat membantu kira-kira 5,000 peniaga dan penjaja yang telah berdaftar di bawah persatuan itu untuk menjalankan perniagaan mereka.

“Kita (sebagai) badan bukan kerajaan (NGO) minta kerajaan negeri ketengahkan perkara ini dalam pembentangan Bajet 2022 Melaka nanti supaya lebih ramai peniaga dapat meluaskan perniagaan mereka.

“Saya yakin inisiatif ini untuk memudahkan mereka (peniaga) untuk berniaga, jika boleh perbanyakkan lagi premis perniagaan di kawasan yang strategik yang boleh menguntungkan peniaga.

“Selain itu potongan 50 peratus lesen perniagaan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu dikekalkan sebab kita masih lagi dalam era pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi MHI.

Mengulas lanjut, Zaleha berkata peruntukan kepada NGO juga perlu disuarakan bagi memudahkan NGO di negeri ini menjalankan aktviti selari dengan dunia moden digital.

“Bila kita ada peruntukan mudah untuk kita (persatuan) adakan program-program atau kursus digital secara dalam talian untuk bantu peniaga kecil.

“Ini termasuklah memberi peralatan berniaga yang khusus dan sebagainya untuk mereka memulakan perniagaan kerana mereka ini kebanyakkannya tiada modal untuk berniaga,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) Madelina Kuah turut berharap pemain industri pelancongan juga diberikan perhatian dalam pembentangan Bajet 2022 Melaka nanti.

Katanya, harapan utama persatuan itu adalah kerajaan negeri memberi perhatian kepada pekerja-pekerja sektor pelancongan bukan sahaja untuk golongan muda, malah yang berusia lebih 50 tahun.

“Ini kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu segala tentang peninggalan warisan dan budaya yang ada di Melaka, pengalaman mereka ini sukar untuk dicari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1104
Kongsi :
Previous post UMNO Baruh Alai ‘belanja’ anak muda main boling
Next post JPKK berkhidmat untuk rakyat, jangan bermacam ragam – ADUN Duyong
Ubah saiz-+=