JPKK berkhidmat untuk rakyat, jangan bermacam ragam – ADUN Duyong

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 16 Dec – “Jawatan adalah tanggungjawab dan bukannya anugerah dan JPKK jangan bersifat eksklusif,” itu tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong,Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Beliau berkata demikian merujuk kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang bakal dilantik.

Menurut Noor Helmy, impian dan fokusnya adalah untuk menyelesaikan apa jua urusan khususnya membabitkan kebajikan masyarakat di peringkat Japerun dapat dalam tempoh 24 jam.

Katanya, transformasi yang dilakukan di peringkat Japerun harus diteruskan di peringkat JPKK tanpa perlu ada pelbagai ‘ragam’ dalam berkhidmat untuk penduduk setempat.

“Kita menawarkan diri untuk berkhidmat jadi jangan nak bermacam ragam dan kalau rasa terbeban serta susah, serahkan jawatan kepada mereka yang ada kelebihan untuk berkhidmat.

“Jangan hendak mengungkit penat atau pelbagai keluhan kerana jawatan itu kita masing-masing sanggup hendak terima,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada mereka yang bertanggungjawab agar tidak bertindak di luar batas dengan mengenakan bayaran bagi pengesahan sebarang borang.

“Lagi satu apabila hendak cop borang pengesahan untuk rakyat jangan jadi seperti Pesuruhjaya Sumpah, kenakan bayaran . Pengerusi JPKK di Duyong jangan ada yang gatal tangan kenakan bayaran.

“Sekiranya tidak tertangkap tidak mengapa tetapi sebaliknya beserta bukti, panjang kisahnya nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1166
Kongsi :
Previous post Bajet Melaka 2022 : Bina lebih banyak premis perniagaan berbumbung, strategik – NGO
Next post Thaipusam: Halimah tinjau lokasi sambutan untuk perkemas SOP
Ubah saiz-+=