Thaipusam: Halimah tinjau lokasi sambutan untuk perkemas SOP

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique hari ini melakukan tinjauan ke lokasi sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor bagi memperkemas cadangan prosedur operasi standard (SOP).

Tinjauan tersebut dibuat susulan keputusan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada 14 Dis lepas yang memutuskan Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kementerian Kesihatan (KKM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) turun ke lapangan lokasi sambutan dan memperkemaskan SOP yang telah dicadangkan.

Menurut kenyaatan media KPN hari ini, sesi tinjauan itu untuk melihat dengan lebih dekat proses perjalanan dan pergerakan pedati serta lokasi bagi upacara keagamaan itu bermula dari Kuil Sri Maha Miriamman, Jalan Tun HS Lee dan berakhir di Kuil Sri Subramaniaswamy, Batu Caves.

Tinjauan juga akan dilakukan di kuil di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak dalam masa terdekat.

Hasil tinjauan ke lokasi dan perbincangan KPN dengan pihak MKN, KKM dan PDRM akan dibawa untuk pertimbangan Menteri Kanan Pertahanan dan Menteri Kesihatan bagi penambahbaikan cadangan SOP sambutan perayaan itu pada 18 Jan depan.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1055
Kongsi :
Previous post JPKK berkhidmat untuk rakyat, jangan bermacam ragam – ADUN Duyong
Next post Tourism Malaysia sekali lagi menang Anugerah Organisasi Negara Terbaik 2021/2022
Ubah saiz-+=